Alert jualan dan lead terus ke WhatsApp kini dibuka untuk semua seller, dan kandungan mesej notifikasi (WhatsApp & Telegram) kini lengkap dengan semua maklumat penting.
BaruNotifikasi WhatsApp (alert jualan baru dan lead baru, melalui Murpati) kini tersedia untuk semua seller pada plan berbayar atau dalam tempoh free trial. Sebelum ini ia hanya untuk beta. Setup di Settings > Notifications > Configure WhatsApp.
Ditambah BaikMesej notifikasi WhatsApp dan Telegram kini memaparkan semua maklumat penting: setiap field dalam borang lead (termasuk phone dan notes), tarikh & masa booking, serta butiran order penuh (pilihan harga, phone pembeli, alamat penghantaran dan nota) untuk produk fizikal.
Produk digital guna link kini boleh diterbitkan
Produk digital yang pilihan harga utamanya (recommended) menggunakan link (URL) dan bukan fail upload kini boleh diterbitkan tanpa ralat.
DiperbaikiJika produk digital anda mempunyai beberapa pilihan harga dan anda menetapkan pilihan yang menggunakan link (cth: Google Drive) sebagai pilihan utama (recommended/default), sistem kini mengenali jenis penghantaran dengan betul dan membenarkan anda terbit. Sebelum ini ia tersekat dengan mesej "Pilihan disyorkan (default) tiada fail atau URL" walaupun link sudah diisi.
Penjanaan AI - tiada lagi caj kredit berganda
Penjanaan page Full AI yang mengambil masa lama tidak lagi menghasilkan dua page atau mencaj kredit AI dua kali apabila anda cuba semula. Kini melindungi semua jenis page: Sales, Lead Gen, Portfolio dan Local Business.
DiperbaikiApabila penjanaan page Full AI mengambil masa lebih lama dari biasa dan anda menekan "Try Again" (atau refresh halaman), sistem kini mengesan penjanaan yang sama dan memulangkan page sedia ada, dan bukannya menjana page baru serta mencaj kredit AI sekali lagi. Perlindungan ini kini meliputi page Sales, Lead Gen, Portfolio dan Local Business.
Refund sebenar & perlindungan order sold-out
Refund kini benar-benar memulangkan duit pembeli melalui payment gateway, dan order yang sold-out selepas bayaran diuruskan dengan betul.
DiperbaikiButang Refund di dashboard Orders kini benar-benar memulangkan bayaran kepada pembeli melalui Chip-In (sebelum ini ia hanya menukar status order tanpa memulangkan duit). Jika gateway gagal, order tidak ditanda refunded dan pembeli tidak diberitahu secara silap.
BaruJika stok produk fizikal habis tepat selepas pembeli membayar (sold-out race), pembeli kini menerima email memohon maaf dan diberitahu refund akan diproses, manakala anda (seller) menerima email tindakan diperlukan untuk refund pembeli tersebut dari dashboard.
Giveaway: cabutan automatik & paparan pemenang
Penambahbaikan besar pada sistem Giveaway - cabutan pemenang automatik, indikator masa cabut, dan paparan pemenang di public page.
BaruCabutan pemenang automatik (Draw winners automatically) - dihidupkan secara default. Setelah tarikh cabut (draw time) tiba, pemenang dicabut secara automatik dan diberitahu melalui email. Anda boleh matikan toggle ini per campaign jika mahu cabut manual.
BaruPublic page giveaway kini memaparkan semua pemenang selepas cabutan (sebelum ini hanya 1 pemenang dipaparkan untuk giveaway berbilang pemenang). Nama pemenang dimask (nama pertama + huruf akhir) untuk privacy, dengan link ke sijil cabutan untuk pengesahan.
Ditambah BaikIndikator "Draw ready" dan "Draw overdue" di senarai campaign dan halaman campaign, termasuk masa relatif (cth: "in 3 days" / "17 days ago") supaya anda tidak terlepas masa cabut.
DiperbaikiStatus giveaway kini dikemas kini dengan betul selepas tamat (sebelum ini sesetengah campaign tersangkut di status "Live" walaupun sudah tamat).
Fix butang Cancel Subscription
Pembaikan butang batal langganan yang sebelum ini tidak berfungsi.
DiperbaikiButang "Cancel Subscription" di halaman Billing sekarang berfungsi dengan betul. Sebelum ini, klik butang tersebut tidak menyimpan apa-apa perubahan (langganan kekal aktif). Anda juga kini dapat notifikasi pengesahan selepas batal atau reactivate langganan.
Fix captcha log masuk & reset password di mobile
Pembaikan masalah verifikasi captcha pada telefon mudah alih.
DiperbaikiSesetengah pengguna mobile (terutama yang buka link dalam in-app browser seperti WhatsApp / Facebook / Instagram) terganggu dengan mesej "Captcha verification failed" semasa log masuk atau reset password. Sekarang di telefon, captcha Turnstile dipaparkan secara terus supaya boleh ditekan, manakala di desktop ia kekal automatik di latar belakang.
Fix checkout untuk produk multi-page
Pembaikan checkout untuk produk yang guna sales page variant sebagai page utama.
DiperbaikiCheckout tidak lagi gagal dengan mesej "Product not found or unavailable" pada produk yang ada beberapa sales page (contoh: variant baru di-publish tetapi page asal masih draft, A/B testing off). Sebelum ini sistem tersilap pilih page draft yang belum di-publish semasa proses bayaran, menyebabkan butang Complete Purchase tidak berfungsi.
Hero photo carousel di AI Editor
Tukar single hero image kepada multi-slide photo carousel terus melalui chat - sesuai untuk Sales page dan Local business page.
BaruAI Editor sekarang boleh tukar hero image kepada photo carousel. Prompt contoh: "Tukar gambar hero kepada carousel 4 slide. Slide pertama kekal gambar sekarang, tambah 3 placeholder untuk upload." Renderer auto-tambah arrow buttons, dot indicators, swipe support, dan block back-gesture pada Magic Mouse / horizontal trackpad. Lihat Help > AI Editor > Carousel untuk panduan penuh.
Ditambah BaikLocal Business page sekarang boleh ada hero photo carousel (sebelum ini AI menolak request carousel pada page type ini). Reviews, services, dan gallery sections tetap kekal grid layout untuk readability.
DiperbaikiPrompt yang sebut "carousel", "slider", "slideshow", atau "slides" sekarang dirutekan terus ke AI tier penuh, bukan CSS-only path. Sebelum ini, beberapa prompt carousel tersangkut pada style-only keyword matcher (contoh: perkataan "rounded" dalam prompt) dan exit tanpa benar-benar generate carousel.
Giveaway Campaigns dibuka untuk semua seller
Giveaway Campaigns dah keluar daripada beta admin-only. Semua seller boleh mula run giveaway terus dari dashboard.
BaruGiveaway Campaigns sekarang tersenarai dalam sidebar Marketing untuk semua seller. Free trial: 1 active campaign sepanjang 30 hari trial. Starter ke atas (termasuk Lifetime): tanpa had jumlah campaign.
Ditambah BaikLeaderboard "participants" count sekarang reflect jumlah peserta sebenar, bukan saiz senarai top 10. Kalau campaign anda ada 47 peserta confirmed, header akan tunjuk "47 participants" walaupun list yang dipaparkan hanya top 10.
Social preview image - fix dan guidance baru
Perbaikan untuk gambar preview yang keluar bila link sales page anda dikongsi di WhatsApp / Facebook, plus tips supaya gambar anda kelihatan dengan betul.
DiperbaikiCustom domain canonical URL - bila page anda diakses melalui custom domain (contoh: nama-anda.com), tag og:url dalam page sekarang menggunakan custom domain itu, bukan custom domain "primary" dalam settings workspace. Sebelum ini, kalau anda ada lebih satu custom domain yang map ke workspace yang sama, og:url akan keluar guna domain primary, jadi scraper macam WhatsApp guna URL yang salah masa generate preview.
Ditambah BaikSEO & Social editor sekarang ada panduan jelas tentang spesifikasi gambar preview: 1200×630 px (ratio 1.91:1), JPG atau PNG, di bawah 5MB. Selepas anda pilih gambar, sistem akan check dimension automatik dan keluar amaran kuning kalau gambar terlalu kecil (bawah 600×315 px) atau ratio terlalu jauh dari standard - sebab WhatsApp / Facebook akan reject gambar tersebut dan guna gambar lain pada page anda sebagai gantinya.
Ditambah BaikTag og:image dalam metadata page tidak lagi declare dimension hardcoded 1200×630. Sebelum ini, semua page emit width/height ini tanpa mengira saiz gambar sebenar - menyebabkan scraper jadi keliru bila gambar yang dimuat naik sebenarnya saiz lain. Sekarang scraper akan detect dimension sebenar dari gambar.
Drag-to-reorder section dalam Full AI editor
Sekarang anda boleh susun semula section sales page Full AI ikut suka - hero, offer, pricing, FAQ - hanya drag handle di sebelah kiri section.
BaruDrag-to-reorder section pada Full AI sales page. Setiap section dalam left rail editor ada handle (icon grip) - tarik atas atau bawah untuk susun semula. Tiada had: anda bebas letak hero di tengah, finalCta di atas, atau apa-apa kombinasi yang anda mahu. Susunan ini terus terpakai pada live page yang pembeli nampak.
BaruAutosave masa drag - sekali anda lepas section di tempat baru, susunan terus disimpan. Toast "Saving section order..." keluar sebelum tukar ke "Section order saved" supaya anda jelas yang perubahan dah simpan. Undo button (Undo last change) di atas section list juga boleh patah balik susunan kalau anda silap drag.
Video YouTube dalam course lesson - blank fix
Fix untuk video YouTube yang tak keluar (blank) bila preview lesson dalam course builder atau bila pelajar tengok lesson.
DiperbaikiVideo YouTube dalam course lesson sekarang main dengan betul. Sebelum ini, lepas anda letak YouTube link pada lesson dan klik "Preview", area video keluar kosong (hitam tanpa player). Punca: security policy server tak benarkan Plyr (player video kami) load YouTube IFrame API. Pelajar yang dah beli course juga terjejas - mereka tak boleh tengok video lesson. Sekarang dah dibenarkan untuk www.youtube.com dan s.ytimg.com.
DiperbaikiVisual Edit: upload gambar pada placeholder (termasuk before/after block) sekarang berfungsi di iPhone / iPad. Sebelum ini, tap pada placeholder gambar di mobile Safari tak buka popup upload langsung - punca: img tanpa src dianggap "broken" oleh iOS dan tap event tak fire. Sekarang placeholder dapat 1x1 transparent src masa Visual Edit aktif supaya tap berdaftar dengan betul.
DiperbaikiPengukuhan keselamatan pada jadual pesanan - hanya proses checkout rasmi Baya boleh cipta pesanan baru. Sebelum ini ada satu polisi yang terlalu longgar yang membenarkan permintaan luar (bukan dari form checkout kami) untuk cipta baris pesanan. Tiada pesanan sebenar yang terjejas, tetapi gap ini dah ditutup.
BaruHarga Asal (anchor price) sekarang sokong online course & live class. Sebelum ini, field "Harga Asal" cuma ada untuk produk dengan pricing options. Sekarang anda boleh set Harga Asal untuk course / live class juga - akan dipaparkan dengan strikethrough di sales page (cth: RM149 ~RM199~). Set dari form Edit Product. Tinggalkan kosong jika tiada diskaun - AI tak akan reka-reka nombor "asal" yang palsu lagi.
Visual edit pada headline beranimasi
Fix untuk visual edit yang gagal save perubahan teks pada headline dengan animasi scroll atau underline animation.
DiperbaikiEdit teks pada headline beranimasi (fade-up, underline-draw) - sebelum ini bila anda edit headline dan click luar, teks kembali ke asal seolah-olah tak disimpan. Punca: kelas animasi runtime (.baya-visible) yang ditambah bila headline scroll ke skrin mengganggu padanan dengan HTML simpan. Sekarang kelas runtime ini diabaikan masa simpan, jadi edit anda kekal.
Pemilih bahasa untuk AI sales page generation
Halaman AI tak lagi campur Bahasa Malaysia + English 50/50 - pilih bahasa yang anda mahu dan AI akan kekal pada bahasa tersebut sepanjang halaman.
Ditambah BaikAI sales page generation tak lagi campur Bahasa Malaysia + English 50/50. Tambah pemilih bahasa (Auto-detect / Bahasa Malaysia / English) dalam wizard Full AI Mode, plus prompt engineering yang lebih tegas untuk kekal satu bahasa sepanjang halaman.
Reference image untuk Generate AI + buyer course display fix
Generate dengan AI sekarang sokong reference image untuk pandu hasil ikut gaya / subject yang anda nak. Plus fix paparan course untuk pelajar di My Courses & Home.
BaruReference image dalam Generate dengan AI: dalam modal "Generate gambar dengan AI", ada section baru "Reference image (optional)". Upload gambar baru atau pilih dari galeri workspace untuk jadikan rujukan - AI akan kekalkan gaya, warna, atau subject yang serupa dalam gambar yang dijana. Sesuai untuk maintain consistent look across hero, founder, dan product photos.
Ditambah BaikAspect ratio sekarang boleh ubah dalam Generate dengan AI - sebelum ini auto-detect saja (ikut size frame), tapi kadang-kadang frame editor tak sama dengan output yang anda nak (contoh: gambar dalam before/after slider). Dropdown ada semua 10 nisbah disokong (1:1, 4:5, 3:4, 16:9, dll.); pilihan yang auto-detect ditandakan "auto".
BaruTemplate prompt khas untuk before/after slider: bila anda klik gambar dalam before/after block, modal Generate dengan AI akan tunjuk 10 chip baru - 5 pasang Before/After untuk Skin (acne), Smile (dental), Body (fitness), Hair (rawatan), Interior (renovation), dan Clean (detailing). Setiap prompt sudah ada "anchor" konsistensi (sama muka, sama angle, sama lighting) supaya output Before dan After kekal serupa. Untuk hasil terbaik: generate Before dulu, kemudian guna gambar Before tu sebagai reference image bila generate After.
BaruTips & playbook prompt before/after dalam modal: dalam modal Generate (bila buka dari before/after slider), ada link "Tips: cara prompt before/after" sebelah label Prompt. Klik untuk buka panduan 8 rules - spesifik, satu perubahan setiap kali, jangan bagi pilihan, guna replacement verbs, consistency anchors, dll. Ada juga butang Copy untuk paste system prompt ke ChatGPT / Claude / Gemini - mereka boleh draft Before/After prompt khas untuk niche luar dari template (cth: laser hair removal, tattoo removal, pet grooming).
Ditambah BaikPanduan Visual Edit di Pusat Bantuan dah update dengan section baru khas untuk before/after AI workflow - 5 pasang template, aspect ratio control, reference image flow, prompt playbook penuh, dan recommended end-to-end workflow (Before dulu, kemudian use as reference untuk After).
DiperbaikiMy Courses dan Home sekarang papar semua course / live class yang pelajar dah beli, termasuk yang dibeli sebagai guest sebelum mereka sign up. Sebelum ni, sesetengah pembelian tak muncul kerana akses tak tersambung ke akaun pelajar.
Ditambah BaikSign up sebagai pelajar kini auto-claim semua order success yang sepadan dengan email anda, jadi course dari pembelian guest awal akan terus muncul lepas anda buat akaun.
Generate & Enhance Gambar dengan AI + Galeri Workspace
Generate gambar terus dari prompt, enhance gambar amateur jadi nampak profesional, atau pilih balik dari galeri workspace - semua dalam editor tanpa perlu keluar cari stock photo.
BaruGenerate dengan AI: klik mana-mana gambar dalam Visual Edit atau sales page editor, pilih "Generate dengan AI" untuk generate gambar baru dari text prompt. Modal ada 19 template prompt yang auto-filter ikut page type anda (sales pages dapat ebook cover / course preview / instructor portrait, leadgen dapat consultation / team meeting / founder, local business dapat storefront / makanan / staff group). Aspect ratio auto-snap ikut frame. Boleh request 1, 2, atau 4 candidate, tengok preview, pilih yang paling sesuai.
BaruEnhance dengan AI: untuk gambar yang nampak amateur, pixelated, atau lighting tak best - klik "Enhance dengan AI" untuk dapat versi lebih profesional. Optional bagi arahan tambahan macam "make lighting warmer" atau "remove background clutter". Compare side-by-side asal vs enhanced, apply yang anda suka.
BaruGaleri gambar workspace: setiap gambar yang anda pernah upload, generate, atau enhance dalam workspace ini auto-masuk dalam galeri. Pilih dari galeri untuk re-use gambar across pages - founder photo sama untuk semua sales page, hero image sama untuk produk yang berkait. Tak perlu upload semula atau cari semula fail asal.
Ditambah BaikImage picker konsisten merentas editor: hero image, instructor photo, pain points, benefits, offer items, bonuses, testimonial avatars, dan OG / social preview image (Settings > SEO) semua kini ada empat butang sama - Tukar gambar, Pilih dari galeri, Generate dengan AI, Enhance dengan AI. Sebelum ini setiap slot ada upload UI yang berbeza-beza.
Ditambah BaikVisual Edit popover untuk gambar dapat tiga butang baru: toggle "Klik untuk besarkan" (lightbox per-image tanpa perlu chat AI), edit alt text inline (untuk SEO + accessibility), dan "Buang gambar" (revert balik jadi placeholder upload).
DiperbaikiCAPTCHA pada signup mobile lebih reliable - sebelum ini pengguna kadang-kadang tersangkut bila challenge tak muncul terutama atas iOS Safari. Kini Turnstile dijalankan secara explicit pada submit, jadi lebih konsisten merentas device.
Lightbox Gambar - Click to Enlarge
Gambar boleh diset supaya bila visitor klik, gambar akan pop-up dalam saiz penuh. Khas untuk portfolio, gallery, atau case study.
BaruLightbox gambar baru: minta AI "buat gambar boleh klik untuk besarkan" atau "tambah lightbox pada portfolio" - gambar akan pop-up dalam modal full-screen bila visitor klik. Tekan Esc atau klik backdrop untuk tutup. Gambar boleh pinch-zoom dalam modal di mobile.
DiperbaikiVisual Edit untuk gambar yang ada lightbox: sebelum ini AI kadang-kadang wrap gambar dalam link sendiri, jadi bila seller cuba edit gambar dalam Visual Edit, popup tukar URL muncul (bukan image picker). Lightbox kini diuruskan oleh platform - klik gambar dalam editor terus buka image picker seperti biasa.
DiperbaikiPage portfolio yang sedia ada (gambar dibalut dengan link supabase) auto-baiki - cleanup berlaku semasa render dan dalam database. Tiada keperluan regenerate page.
Custom Domain - DNS Setup Guide Sentiasa Kelihatan
Panduan setup CNAME kini muncul untuk semua domain yang belum aktif, supaya seller tahu rekod DNS apa yang perlu ditambah.
DiperbaikiDNS Setup Guide di Settings > Custom Domains kini muncul untuk semua domain yang status bukan "Active" (termasuk Provisioning SSL, DNS Verified, Pending, dan Failed). Sebelum ini guide hanya muncul untuk status Pending/Failed - jadi seller yang baru tambah domain (yang terus jadi Provisioning SSL) tak nampak panduan langsung.
Pertandingan Baya - Pertandingan Mengundi Page Awam
Sertai page anda dalam pertandingan undi awam. Tiga pemenang teratas dapat AI Credits.
BaruPertandingan Baya dilancarkan di /pertandingan. Sertai dari sidebar editor, kongsi page anda, dan kumpul undi dari awam (pengesahan email). Syarat penuh di /pertandingan/syarat-syarat.
Multi Custom Domain untuk Scale Plan + AI Editor Upgrades
Scale plan kini sokong multi custom domain dengan per-page binding. Ditambah peningkatan besar untuk AI Editor.
BaruMulti custom domain untuk Scale plan: connect lebih dari satu domain dalam satu workspace. Sesuai untuk yang manage banyak halaman dari satu akaun.
BaruPer-page binding: setiap custom domain boleh attached kepada satu page tertentu (contoh: bakery.com untuk page bakery, cafe.com untuk page cafe). Atau pilih "Whole workspace" untuk serve semua halaman seperti biasa.
Ditambah BaikSettings > Custom Domains: list view baru dengan status, target page, dan butang Verify / Retry / Remove individual untuk setiap domain. Page selector dengan badge type (Sales / Pre-launch / Lead Gen / Portfolio / Business) supaya senang cari halaman yang betul.
BaruYouTube inline embed: paste mana-mana YouTube URL (youtu.be, watch, shorts) dalam chat AI Editor - video akan main terus dalam page sebagai iframe player. Visitor tak perlu tinggalkan website. Guna youtube-nocookie.com (privacy-enhanced).
BaruTikTok inline embed: paste TikTok URL (tiktok.com/@user/video/ID) dalam chat - video akan embed sebagai portrait 9:16 player. Boleh letak satu video atau buat grid 2-3 video side by side untuk testimonial wall.
BaruClick-to-upload image placeholders: AI kini boleh tinggalkan slot gambar kosong dengan dashed border dan label (contoh: "Click to upload - Hero photo"). Click dalam Visual Edit mode untuk upload terus, tanpa perlu prompt AI.
BaruBefore/After slider: untuk transformation, case study, atau "sebelum/selepas" visual (klinik aesthetic, fitness, renovation). Slider boleh drag, dengan upload zone untuk dua-dua gambar. Minta AI "add a before/after slider" atau drag dua gambar terus.
BaruAnimations baru: Text Reveal (headline muncul satu perkataan satu), Pulse Glow (CTA berdenyut menarik perhatian), Underline Draw (garis bawah dilukis bila scroll). Reserve untuk satu CTA atau hero h1 yang paling penting.
BaruPro Tips help page (/help/seller/editor-ai): panduan lengkap 9 section meliputi visual edit, image upload, before/after slider, magic components, animations, video embeds (YouTube + TikTok), do/don't, dan prompt cheat sheet.
Ditambah BaikAdd new section dari chat: cakap "add a new section after this section" semasa edit satu section - section baru akan diletak di posisi yang awak minta (contoh: "after Social Proof"). Sebelum ini section baru selalu jatuh sebelum Final CTA.
Ditambah BaikVideo paste lebih pintar - auto-detect URL YouTube dan TikTok, kemudian render dengan saiz dan aspect ratio yang sesuai (landscape untuk YouTube, portrait untuk TikTok).
DiperbaikiAI tidak lagi reject "add new section" request bila satu section dipilih - sistem auto-detect intent dan letak section baru sebagai entry sendiri di sidebar.
DiperbaikiIframe Google Maps dalam Local Business pages kini dipaparkan dengan betul.
Amaran Had Produk & Pembetulan Warna Teks Full AI
Amaran had produk yang lebih jelas dalam "Create Page" flow, dan pembetulan untuk teks yang tak kelihatan pada sales page Full AI dengan background putih.
Ditambah BaikDalam modal "Create Page" → "Sales Page", sistem kini semak had produk serta-merta. Jika dah capai had, awak akan lihat panel amaran dengan shortcut ke sales page sedia ada serta pilihan upgrade plan - sebelum isi borang produk.
Ditambah BaikHalaman "/dashboard/products/new" kini blok borang terus kalau awak dah capai had produk. Lebih pantas faham apa kena buat selepasnya.
DiperbaikiSebelum ini, pengguna plan Free yang cuba create sales page kedua terpaksa isi borang produk penuh sebelum dapat error. Sekarang amaran keluar awal dengan CTA yang jelas.
DiperbaikiTeks headline, harga, dan list pada sales page Full AI tidak lagi hilang (nampak putih atas background putih) bila kad putih diletak di atas section warna terang. Preview di editor dah betul sebelum ini - masalah ini cuma wujud pada halaman publik.
DiperbaikiTestimoni dalam carousel sales page Full AI kini center di tengah halaman. Sebelum ini kad testimoni tersepit di tepi kiri.
Ditambah BaikBorang lead dan waitlist kini dijana dengan reka bentuk yang lebih bersih - tidak lagi nampak seperti kad glassy generic, dan pada layout 2-column borang dijajar betul dengan kandungan di sebelahnya.
Pilihan Harga Berbilang untuk Produk Digital
Tawarkan sehingga 3 pilihan harga berbeza untuk produk yang sama - setiap pilihan dengan fail atau URL tersendiri.
BaruPilihan harga berbilang untuk produk file dan external link. Contoh: tetapkan "Digital sahaja" pada RM49 dan "Digital + Cetakan" pada RM79 untuk produk yang sama. Pembeli pilih pilihan mereka sendiri sebelum checkout.
BaruHalaman jualan kini memaparkan kad harga secara automatik mengikut bilangan pilihan yang anda tetapkan - satu kad tunggal, dua kad bersebelahan, atau tiga kad dalam satu baris.
Ditambah BaikSetiap pesanan sentiasa terikat dengan pilihan harga yang dibeli. Walaupun anda update atau archive pilihan kemudian, pembeli lama tetap dapat fail atau URL yang asal mereka beli.
Ditambah BaikBorang cipta produk baru kini memaparkan editor pilihan harga secara terus - tambah 1, 2, atau 3 pilihan semasa membuat produk.
Ditambah BaikEmel pengesahan pesanan dan notifikasi jualan kini memaparkan nama pilihan harga yang dibeli.
Sokongan Imej Luar & Pembetulan Visual Editor
Halaman Manual HTML kini menyokong imej dari mana-mana laman web. Juga pembetulan untuk masalah penggantian gambar dalam Visual Editor.
Ditambah BaikHalaman Manual HTML kini menyokong imej dari mana-mana URL luaran (contoh: HTML dari Google Gemini). Sebelum ini, hanya imej dari sumber tertentu sahaja dibenarkan.
Ditambah BaikPanel AI Editor kini boleh dikecilkan (collapse) untuk ruang preview yang lebih luas. Klik ikon di header AI Editor untuk sembunyikan, dan klik mana-mana item di sidebar kiri untuk paparkan semula.
Ditambah BaikAmaran jelas dipaparkan pada halaman Custom HTML bahawa AI Editor tidak boleh digunakan - gunakan Visual Edit atau Edit HTML.
DiperbaikiPembetulan masalah gambar yang diganti melalui Visual Editor tidak tersimpan - gambar lama muncul semula selepas preview/publish. Kini penggantian gambar disimpan dengan betul ke pangkalan data.
DiperbaikiPembetulan amaran paparan pada butang Create Page di dashboard.
Notifikasi Telegram & Pembetulan Gradient Text
Dapatkan alert jualan dan lead terus ke Telegram anda secara real-time. Juga pembetulan untuk gradient text pada visual editor.
BaruNotifikasi Telegram untuk pengguna berbayar (dan dalam percubaan percuma 30 hari) - dapatkan alert jualan dan lead baru terus ke Telegram anda. Konfigurasikan di Settings → Notifications → Configure Telegram.
DiperbaikiTeks gradient (contoh: headline dengan warna bercampur) tidak lagi hilang warnanya selepas edit inline pada halaman AI / Manual HTML.
Visual Editor, HTML Editor & Booking Form
Edit halaman AI secara visual tanpa perlu sentuh kod. HTML editor kini lebih powerful dengan carian dan syntax highlighting.
BaruVisual WYSIWYG Editor untuk halaman AI. Klik terus pada mana-mana teks, gambar, atau butang untuk edit secara visual.
BaruHTML Editor dengan search/replace, line numbers, dan syntax highlighting untuk pengguna yang mahu edit kod secara manual.
DiperbaikiBorang booking kini menyusun fields secara menegak untuk paparan yang lebih kemas.
Yuran Pemprosesan Mengikut Kaedah Pembayaran & Mobile Fix
Yuran pemprosesan kini dikira berdasarkan kaedah pembayaran yang dipilih, dan halaman AI kini dipaparkan dengan betul pada mobile.
BaruYuran pemprosesan kini dikira mengikut kaedah pembayaran - FPX (RM 1.00), Kad (2%), E-wallet (2%), DuitNow QR (2%, min RM 0.15, maks RM 1.50)
BaruPemilih kaedah pembayaran kini dipaparkan pada halaman checkout apabila pembeli menanggung yuran pemprosesan
DiperbaikiHalaman AI kini dipaparkan penuh pada skrin mobile - kandungan dan borang tidak lagi terpotong di bahagian kanan
DiperbaikiButang hantar borang lead kini membenarkan teks panjang untuk wrap ke baris baru
DiperbaikiTeks placeholder borang lead kini kelihatan jelas pada semua tema warna
Mobile UX & Manual HTML
Penambahbaikan pengalaman mobile dan sokongan Manual HTML yang lebih baik.
BaruChat history AI editor kini disimpan secara kekal - boleh diakses semula dari mana-mana peranti
Ditambah BaikAI editor pada mobile kini berfungsi tanpa timeout - edit halaman berjalan lancar seperti desktop
Ditambah BaikAmaran ditunjukkan sebelum edit keseluruhan halaman - jimatkan AI credit dengan memilih section tertentu
Ditambah BaikMesej AI editor kini lebih mesra dan menggalakkan - contoh: "Looking great! What's next?"
Ditambah BaikSaiz ikon dan input pada AI editor dibesarkan untuk kemudahan penggunaan pada mobile
Ditambah BaikPrompt Manual HTML kini menyediakan tempat untuk masukkan penerangan halaman anda sebelum diberikan kepada AI
DiperbaikiButang WhatsApp kini muncul pada preview halaman yang belum diterbitkan
DiperbaikiSenarai section pada mobile kini boleh discroll sepenuhnya - FAQ, CTA, WhatsApp dan SEO kini boleh diakses
DiperbaikiBadge halaman Manual HTML kini menunjukkan "Manual HTML" dan bukan "Full AI"
AI Editor & Muat Naik Imej
Penambahbaikan pada AI editor dan beberapa bug fixes.
Ditambah BaikImej yang dimuat naik kini dioptimumkan secara automatik ke format WebP untuk saiz yang lebih kecil dan loading yang lebih pantas
Ditambah BaikAmaran AI credit ditunjukkan dalam modal Create Page apabila credit rendah atau kosong
DiperbaikiMuat naik imej pada AI editor kini berfungsi pada mobile Safari
DiperbaikiPreview halaman kini berfungsi pada mobile untuk produk yang belum diterbitkan
DiperbaikiModel AI dikemas kini untuk mengelakkan ralat "All AI models are currently unavailable"
Produk Percuma & Kemaskini Dashboard
Kini anda boleh menawarkan produk percuma dan beberapa penambahbaikan pada dashboard.
BaruSokongan produk percuma - tetapkan harga RM 0 untuk mana-mana jenis produk digital (fail, kursus, kelas langsung, atau pautan luaran). Pembeli boleh dapatkan akses tanpa melalui payment gateway
Ditambah BaikPendaftaran akaun kini terbuka - tidak lagi memerlukan invitation code untuk mendaftar
Ditambah BaikBahagian Sales Pages pada halaman produk kini lebih menonjol dengan reka bentuk gradient baharu
DiperbaikiPreview halaman portfolio kini berfungsi dengan betul
DiperbaikiAkses kursus dari dashboard pembeli kini berfungsi dengan betul
SEO & Social Preview Settings
Kini anda boleh kawal bagaimana halaman anda muncul di Google, Facebook, WhatsApp dan platform lain.
BaruSEO Settings - tetapkan custom title, description, dan OG image untuk setiap halaman
DiperbaikiSocial preview untuk leadgen page kini menunjukkan headline sebenar, bukan nama workspace sahaja
Ditambah BaikCustom domain kini digunakan dalam canonical URL dan og:url
Notification Badges & Badge Fix
Sidebar notification badges untuk seller dan admin, serta pembaikan "Made with Baya" badge.
BaruNotification badge di sidebar - Orders, Leads, Reviews, dan Support menunjukkan bilangan item baru
BaruAdmin sidebar kini menunjukkan bilangan support ticket yang belum diselesaikan
Diperbaiki"Made with Baya" badge kini betul-betul tersembunyi untuk plan berbayar yang mematikan badge
DiperbaikiWhatsApp bubble button kini muncul di homepage workspace melalui custom domain
Pusat Bantuan & Bug Fixes
Pusat bantuan lengkap untuk seller dan buyer, serta pelbagai pembaikan penting.
BaruPusat Bantuan - 23 halaman panduan untuk seller dan buyer di baya.my/help
BaruMobile sidebar menu untuk navigasi pusat bantuan
BaruPautan "Help" di sidebar dashboard seller
Diperbaiki"Made with Baya" badge kini boleh disorokkan dengan betul oleh plan berbayar
Ditambah BaikCaptcha di halaman login/signup kini dipaparkan di atas butang untuk layout lebih kemas
Ditambah BaikBadge nudge dipindahkan ke halaman Settings dan boleh di-dismiss secara kekal
Custom Page URL & Generation UX
Users can now customize their page URL for better branding and SEO.
BaruCustom page URL - edit your page slug directly from the editor
Ditambah BaikFull AI lead gen pages now show progress bar during generation instead of a spinning button
DiperbaikiMobile preview now scrolls to the correct section when switching tabs
Lifetime Subscription & Coupon Support
Introducing lifetime plans with multi-use invitation codes and coupon discounts.
BaruLifetime subscription plan with one-time payment
BaruMulti-use invitation codes for lifetime access
BaruCoupon support for lifetime checkout
BaruLeads dashboard for managing all form submissions
Ditambah BaikBilling page styling consistency
Analytics & Tracking Upgrades
Better insights into your pages and conversions with new analytics tools.
BaruFacebook Conversions API (CAPI) server-side event tracking
BaruLead Gen analytics tab with submissions, bookings, and time series charts
BaruAI usage monitoring dashboard with platform-wide limits
BaruUpsell impression tracking and conversion stats
Ditambah BaikRedesigned conversion funnel with interactive bar chart
Checkout Redesign & Booking System
Higher-converting checkout experience and a new booking system for service providers.
BaruBooking system with availability management
BaruSEO meta tags for better search visibility
BaruDouble opt-in email verification for lead magnets
Ditambah BaikRedesigned checkout page for higher conversion rates
Ditambah BaikLanding page now includes demo videos
DiperbaikiDraft preview now works correctly for unpublished pages
Version History & Editor Improvements
Never lose your work with version history, plus smarter editing tools.
BaruVersion history for AI editors - undo and restore previous versions
BaruManual HTML page creation mode for advanced users
Ditambah BaikForm theme changes now reflect instantly in editor preview
Ditambah BaikIncreased timeout for complex AI page edits
DiperbaikiPreview iframe no longer navigates away when clicking links
Platform Stability & Performance
Under-the-hood improvements for a faster and more reliable experience.
Ditambah BaikOverall platform stability and reliability
Ditambah BaikFaster page loading and response times