Urus Pesanan
Lihat semua pesanan, semak status bayaran, proses refund, dan tetapkan upsell untuk tingkatkan jualan anda.
1. Dashboard Pesanan
Pergi ke Dashboard → Pesanan untuk melihat senarai semua pesanan yang masuk. Setiap pesanan memaparkan maklumat pembeli, produk yang dibeli, jumlah bayaran, dan status terkini.
2. Status Pesanan
Setiap pesanan mempunyai salah satu status berikut:
| Status | Maksud |
|---|---|
| Pending | Menunggu bayaran daripada pembeli. Pesanan belum selesai. |
| Berjaya | Bayaran telah diterima. Pembeli sudah boleh akses produk. |
| Gagal | Bayaran tidak berjaya atau ditolak oleh gateway pembayaran. |
| Refunded | Wang telah dikembalikan kepada pembeli. |
3. Statistik Pesanan
Di bahagian atas halaman pesanan, anda boleh melihat ringkasan statistik:
Jumlah Pesanan
Semua pesanan yang masuk
Pesanan Berjaya
Pesanan yang telah dibayar
Pendapatan
Jumlah dalam RM
Refund
Bilangan refund diproses
4. Cara Proses Refund
Refund diproses secara manual. Jika pembeli meminta refund dan ia menepati polisi refund produk anda, kembalikan bayaran terus kepada pembeli.
Langkah-langkah:
- 1Semak butiran pesanan di Dashboard → Pesanan (nama pembeli, email, dan jumlah bayaran)
- 2Kembalikan bayaran kepada pembeli - melalui dashboard CHIP anda (jika bayaran masuk ke akaun CHIP anda) atau secara bank transfer
- 3Hubungi support Baya supaya status pesanan dikemaskini kepada "Refunded" dan akses pembeli kepada produk ditarik balik
Selepas status dikemaskini kepada "Refunded", pembeli akan kehilangan akses kepada produk tersebut.
5. Notifikasi Email Automatik
Baya menghantar email secara automatik untuk memastikan anda dan pembeli sentiasa dikemaskini:
- PEmail kepada pembeli
Selepas bayaran berjaya, pembeli akan menerima emel pengesahan yang mengandungi pautan untuk mengakses produk yang dibeli.
- SEmail kepada seller
Anda akan menerima notifikasi emel setiap kali ada jualan baru — lengkap dengan maklumat produk, jumlah bayaran, dan nama pembeli.
6. Upsell — Tawaran Produk Tambahan
Upsell membolehkan anda menawarkan produk tambahan kepada pembeli sejurus selepas mereka membuat pembelian. Ini adalah cara berkesan untuk meningkatkan purata nilai pesanan.
⚡ Ciri upsell memerlukan plan Growth atau lebih tinggi. Lihat perbandingan plan
Cara tetapkan upsell:
- 1Pergi ke tetapan produk dan cari bahagian "Upsell"
- 2Pilih produk target — produk tambahan yang akan ditawarkan
- 3Tetapkan jenis diskaun: peratusan (%) atau jumlah tetap (RM)
- 4Pilihan tambahan: aktifkan countdown timer untuk urgency dan tetapkan had penggunaan
Tawaran upsell akan dipaparkan kepada pembeli di halaman kejayaan atau semasa proses checkout, bergantung pada tetapan anda.